Kematian Itu Pasti Menjengah...

Alhamdulillah and all praises to Allah...

Disini ana ingin mengutarakan soal kematian yang pasti dirasai oleh semua makhluk yang bernyawa.Setiap manusia mahu atau tidak mahu,cinta atau benci,ia terpaksa berhadapan dengan sakaratulmaut.Kerana sakaratulmaut itu sempadan diantara hidup dengan mati.Sebagaimana firman Allah s.w.t:

"Setiap yang hidup pasti merasai mati"(Ali Imran:185)

Sesungguhnya saat itu adalah saat yang paling dahsyat yang tidak terbanding dengan segala bahaya dan bala bencana di muka bumi ini.Oleh sebab itu apabila terkenang-kenang sakarat,ada dikalangan sahabat Rasulullah s.a.w yang pengsan dan ada yang menangis.

Rasulullah sendiri pernah bersabda dalam sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Ibnu Abi Dunya dari Ibnu Umar."Kematian itu apabila dikenangkan,seseorang itu akan lebih banyak menangis daripada ketawa".

Rasulullah juga bersabda:
"Sakitnya sakaratulmaut itu umpama tiga ratus kali tetakan pedang".(Abi Dunya)

MasyaAllah...begitu hebat dan dahsyat sekali saat2 sakaratulmaut yang akan kita semua manusia hadapi.Oleh sebab itu,pergunakanlah masa yang terluang ini dengan taat beribadah kepada Allah.Pergunakanlah kesempatan lima perkara sebelum datang lima pekara.Nikmat muda sebelum tua,kaya sebelum miskin,lapang sebelum sempit,sihat sebelum sakit dan hidup sebelum mati.

Abdullah bin Umar berkata:"Apabila kamu berada diwaktu pagi,maka jangan lah kamu tunggu waktu petang untuk beramal.Gunakanlah kesempatan masa sihatmu sebelum sakitmu dan hidupmu untuk kematianmu".

Hukama' berkata:"4 perkara yang boleh menyelamatkan seksaan kubur:
1) menjaga solat
2) bersedekah
3) membaca AlQur'an
4)bertasbih

4 perkara yang menyebabkan seksaan kubur ialah:
1) Berdusta
2) Berkhianat
3) Mengumpat
4) Tidak membersihkan air kencing pada tubuh

Firman Allah s.w.t:
"Sesungguhnya kami adalah kepunyaan Allah dan kepada Allah jualah kami kembali".(Surah alBaqarah:156)

Kematian atau kehilangan orang yang disayangi adalah merupakan salah satu ujian Allah s.w.t keatas manusia selain ujian perasaan takut dan gerun kepada musuh,kelaparan dan kebuluran,kegawatan ekonomi dan kekurangan hasil tanaman.Dan persoalannya,siapakah orang yang berjaya menghadapi ujian Allah tersebut??Jawapannya hanya orang yang teguh imannya,sabar,sentiasa mengingati Allah dan melaksanakan perintah serta meninggalkan laranganNya sahaja yang bisa menghadapi ujian ini.

Baginda Rasulullah s.a.w sendiri juga pernah menghadapi ujian-ujian tersendiri seperti kematian bapa saudaranya Abu Talib serta kematian isteri yang begitu baginda cintai,Saidatina Khadijah.
Ibrah yang boleh kita ambil sebagai seorang hamba Allah yang beriman adalah Allah menurunkan bencana/musibah untuk menguji tahap keimanan dan kesabaran hambaNya.Sesungguhnya orang yang bersabar itu dijanjikan Allah kegembiraan dengan pahala dan nikmat syurga.Ada kemanisan disetiap kepahitan!!

Sebelum ana mengakhiri tinta ini..
AL-FATIHAH..
Buat allahyarham Ustaz Kamaruddin bin Ahmad,
Mudir Madrasah Idrisiah ..yang telah kembali kerahmatullah pada kira2 jam 4.20 petang(26/4/2011)
di wad ICU,C2,Katil 12,Hospital Taiping...
Moga rohnya dicucuri Allah subhanahu wa tala..Inna lillahi wa inna ilaihi roji'un..


p/s : buat sahabat2 sama2 kita sedekahkan yasin dan alFatihah...


0 comments:

Post a Comment