Healing by Sami Yusuf - very beautiful nasyeed!!

Kematian Itu Pasti Menjengah...

Alhamdulillah and all praises to Allah...

Disini ana ingin mengutarakan soal kematian yang pasti dirasai oleh semua makhluk yang bernyawa.Setiap manusia mahu atau tidak mahu,cinta atau benci,ia terpaksa berhadapan dengan sakaratulmaut.Kerana sakaratulmaut itu sempadan diantara hidup dengan mati.Sebagaimana firman Allah s.w.t:

"Setiap yang hidup pasti merasai mati"(Ali Imran:185)

Sesungguhnya saat itu adalah saat yang paling dahsyat yang tidak terbanding dengan segala bahaya dan bala bencana di muka bumi ini.Oleh sebab itu apabila terkenang-kenang sakarat,ada dikalangan sahabat Rasulullah s.a.w yang pengsan dan ada yang menangis.

Rasulullah sendiri pernah bersabda dalam sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Ibnu Abi Dunya dari Ibnu Umar."Kematian itu apabila dikenangkan,seseorang itu akan lebih banyak menangis daripada ketawa".

Rasulullah juga bersabda:
"Sakitnya sakaratulmaut itu umpama tiga ratus kali tetakan pedang".(Abi Dunya)

MasyaAllah...begitu hebat dan dahsyat sekali saat2 sakaratulmaut yang akan kita semua manusia hadapi.Oleh sebab itu,pergunakanlah masa yang terluang ini dengan taat beribadah kepada Allah.Pergunakanlah kesempatan lima perkara sebelum datang lima pekara.Nikmat muda sebelum tua,kaya sebelum miskin,lapang sebelum sempit,sihat sebelum sakit dan hidup sebelum mati.

Abdullah bin Umar berkata:"Apabila kamu berada diwaktu pagi,maka jangan lah kamu tunggu waktu petang untuk beramal.Gunakanlah kesempatan masa sihatmu sebelum sakitmu dan hidupmu untuk kematianmu".

Hukama' berkata:"4 perkara yang boleh menyelamatkan seksaan kubur:
1) menjaga solat
2) bersedekah
3) membaca AlQur'an
4)bertasbih

4 perkara yang menyebabkan seksaan kubur ialah:
1) Berdusta
2) Berkhianat
3) Mengumpat
4) Tidak membersihkan air kencing pada tubuh

Firman Allah s.w.t:
"Sesungguhnya kami adalah kepunyaan Allah dan kepada Allah jualah kami kembali".(Surah alBaqarah:156)

Kematian atau kehilangan orang yang disayangi adalah merupakan salah satu ujian Allah s.w.t keatas manusia selain ujian perasaan takut dan gerun kepada musuh,kelaparan dan kebuluran,kegawatan ekonomi dan kekurangan hasil tanaman.Dan persoalannya,siapakah orang yang berjaya menghadapi ujian Allah tersebut??Jawapannya hanya orang yang teguh imannya,sabar,sentiasa mengingati Allah dan melaksanakan perintah serta meninggalkan laranganNya sahaja yang bisa menghadapi ujian ini.

Baginda Rasulullah s.a.w sendiri juga pernah menghadapi ujian-ujian tersendiri seperti kematian bapa saudaranya Abu Talib serta kematian isteri yang begitu baginda cintai,Saidatina Khadijah.
Ibrah yang boleh kita ambil sebagai seorang hamba Allah yang beriman adalah Allah menurunkan bencana/musibah untuk menguji tahap keimanan dan kesabaran hambaNya.Sesungguhnya orang yang bersabar itu dijanjikan Allah kegembiraan dengan pahala dan nikmat syurga.Ada kemanisan disetiap kepahitan!!

Sebelum ana mengakhiri tinta ini..
AL-FATIHAH..
Buat allahyarham Ustaz Kamaruddin bin Ahmad,
Mudir Madrasah Idrisiah ..yang telah kembali kerahmatullah pada kira2 jam 4.20 petang(26/4/2011)
di wad ICU,C2,Katil 12,Hospital Taiping...
Moga rohnya dicucuri Allah subhanahu wa tala..Inna lillahi wa inna ilaihi roji'un..


p/s : buat sahabat2 sama2 kita sedekahkan yasin dan alFatihah...


Mata Oh Mata...

Alhamdulillah and all praises to Allah....


Babak 1

Sop: Kau tahu tak, Zetty tu dulu free hair.. Tiba-tiba je datang kesedaran nak pakai tudung.
Meon: Ye ke??!! macam tak percaya je..
Sop: Ha ah.. ok gak la.. dalam majalah sekolah ada lagi gambar dia.. kau nak tengok?

Babak 2

Pada suatu hari Sop dan Meon sedang berjalan-jalan di kotaraya London. Tiba-tiba mereka terlihat kelibat seorang wanita bertudung labuh ala-ala KCB. 

Sop: eh, ada gadis mcam dalam KCB la...
Meon: Mana? Mana? Mana?
Sop: tuuu...tengah jalan ramai2 depan Madame Tusod..
Meon: ooooooo..... macam kenal, yang pakai tudung kaler merah jambu tu ke?

Babak 3

Sop dan Meon menyambung kembara cuti Easter mereka di bandaraya Dublin. Cuaca semakin panas.

Sop: astaghfirullahal azim, singkatnya skirt minah saleh tu...tak solehah langsung...! !
Meon: eh ye ke? yang mana satu?  Yang skirt oren tu ke?
Sop: tak, yang kaler biru , blouse biru muda tu..
Meon: Ha ah la..betul lah cakap kau...


Ada apa dengan mata?

Untuk jadi hebat, kita perlu menutup dan menundukkan pandangan. Ini bukanlah bermaksud semuanya kena pejamkan mata 24 jam (penat juga tu), atau membina dinding dan tembok batu sepanjang masa atau semasa kuliah-kuliah agama sahaja, tetapi menjaga dan memelihara kedua mata kita daripada MENJADI LIAR.

Apabila datangnya peluang terbentang di hadapan kita, samada semasa sedang berseorangan, atau sedang berdua bersama rakan karib, atau bersama masyarakat umum, kita mestilah bertindak SEGERA dan PINTAR untuk tidak mengamati kecantikan wanita yang terbentang dan segeralah mengalihkan pandangan daripadanya sambil bersyukur dan beristighfar.

''Alhamdulillah, Allah jaga mata dan hati aku. Ya Allah, ampunlah dosa aku, moga Allah beri yang lebih baik''

Allah berfirman;

"Sesungguhnya orang-orang yang takut kepada Tuhannya Yang tidak nampak oleh mereka, mereka akan memperoleh ampunan dan pahala yang besar." - [67:12] 

Kalau dahulu dia tidak bertudung, atau kurang menutup aurat, perlukah kita menatap gamabr gambar 'lama' itu lagi? Fear Allah brothers... malulah sebab mereka itu sudah diberikan hidayahnya.. Kita bila lagi?

Kalau ternampak kelibat wanita yang berjilbab dan menutup aurat samada di majlis ilmu atau di jalanan, malulah dan pandanglah tempat lain. Itu bukan HAQ mu.. Allah boleh ganti dengan yang lebih baik.

Kalau diberikan peluang melihat aurat wanita, takut dan malulah, kerana itu akan merendahkan darjat matamu dan merosakkan amal, sekaligus hati menjadi lali dan tidak tenteram.

 

Bukan utk brothers sje tp utk girls jugak...sama2 muhasabah diri~
Jaga mata dr melihat perkara2 haram..
Jaga mulut dr mengumpat & mengeluarkan kata2 nista..
Jaga telinga dr mendengar perkara2 yg melalaikan..
Jaga hati dr melakukan zina hati..
Banyak yg kna jaga dalam kehidupan kita sebagai seorang muslim yg mengejar kenikmatan syurga...

~insan yg bergelumang dgn dosa~



Ziarah & Kenduri Kakak(Wan Hajar)

Alhamdulillah and all praises to Allah..

Kat sini ana suka nk kongsikan gambar walimah kak ana..tp yang ni kat sebelah laki je~
Rumah brother in law ana ni kat Jeram,Pasir Puteh,Kelantan..very enjoy  the journey^_^

Sebab jauh,so bangun pagi awal agak2 kul 4.30 pagi..siap2 memperkemaskan diri..huhu..dalam perancangan nk bertolak dalam kul 5.00 pagi..tp sebab adik-beradik ana ramai,nak guna bilik air plak tu..then last2 bertolak kul 5.45 pagi..mmg kelakar..singgahla solat berjemaah subuh di surau AlBukhary(dekat2 je ngan rumah ana)...

Perjalanan diteruskan....sampai sana agak2 jam 12.30 t/hari...kami sekeluarga sembahyang zohor dlu sblm g ke rumah kenduri tu....lps solat,trus g rumah tu~

 *baru sampai ni....disambut oleh kakak
 *ayah yang tersenyum memanjang..maklumlah dpt menantu baru!!
 *duduk2 rehat dlu...abg lan yg curi2 snap pic
 *melepaskan lelah setelah jauh berjalan..
* ni tgh baca doa selamat..ayah yang ketuai bacaan
 * menjamu selera...ni la cara kenduri menyambut org Kelantan..very simple,i likee~
 * selesai bersantap..
 * pengantin dan kedua belah ibu bapa..
* kak aja dan mentua...

Ok...lpas selesai makan2 dan bergambar,kami semua meneruskan perjalanan ke Kuala Besut,Terengganu untu menziarahi keluarga ayah yang tinggal disana...inilah kesemptan yang ayah ambil utk memperkenalkan kami dengan saudara- maranya yang agak ramai..bayangkan,ayah mempunyai 36 orang adik-beadik yang berlainan ibu...mmg best ada keluarga yang agak besar ni~Kalau hari raya tu kami ni jalan merata..ayah ni jenis suka kenal2 dgn adik-beradik..so,ayah akan cari smua dik-beradik yang beliau kenal...Ni la dia Wan Razak Ahmad.dah tua dah pun...x leh jalan dah..kita ni yang masih sihat walafiat ni kna la byk2 beribadah sebelum Allah tarik nikmat yang dikurniakanNya..Wan Razak ni masih berusaha mengajar org2 sekitar tmpt beliau mengaji....
*Semoga Allah memberkati setiap amalan yang dikerjakan...~gambar ni adik ana yg gatal2 tangan m'edit

 * sembang2 merapatkan ukhuwah Islamiah..

 * adik kembar dihadapan homestay...

Keesokan harinya,kami pergi ke Kota Bharu utk mendengar kuliah Tok Guru Nik Aziz diDataran Ilmu...btul2 kat tgh2 pekan Kota Bharu..mmg seronok tengok suasana orang yang begitu ramai mendengar kuliah..moga2 tmpt2 lain juga kemudian akan mengadakanya...moga sama2 kita diberi hidayah oleh-Nya...

 *pic of Tok Guru stlh menyampaikan kuliah...adikku yg sempat snap pic ni..sblmTok Guru msuk kereta
 *suasana di Dataran Ilmu...tua muda sama2 m'dgr kuliah

Sekian sahaja coretan saya kali ini...

~yang masih single~

SPM 2010..Kenangan Terindah

Alhamdulillah...all praises to Allah
Di kala ini keputusan SPM sudah lama ada ditangan empunya diri ini sejak 23/3 yang lalu...
Syukur kepada Allah kerana telah menganugerahkan keputusan yang boleh dikategorikan agak baik ini..walaupun kita mengharapkan yang lebih baik...
x dilupakan untuk ana mengucapkan tahniah/mabruk kepada sahabat ana dalam keimanan yang tercinta(x perlu mention) kerana memperolehi keputusan yang cemerlang...wahh anti mmg hebat!!

Sesungguhnya Allah memberi mengikut apa yang kita usahakan...so berusaha dgn lebih bersungguh2 ya sahabat2 sekalian!!never give up..study hard & study smart ye:))
Sentiasa doakan sahabat2 setiap kali lps sembahyang..moga sama-sama mencapai target ^_^

Kat sini ana nak tunjukkan gambar2 semasa peperiksaan SPM sedang dijalaankan...pengawas peperiksaan yang snap pic ni..biasa la last day kan!!waktu ni paper Pendidikan AlQur'an AsSunnah sdg berlangsung..16/12/2010

 *fokus menjawab...SPM tu!!
 *chaiyok2 sahabat...

 * Marasah Idrisiah (madid) hall...very cold(aircond)
 *my classmate(science stream)...azie,fatin n huda...luv u all
 *sebelum masukke dewan peperiksaan...daca doa dulu!!langkah masuk kaki kanan ye:))


Pokoknya...DOA + USAHA + IKHTIAR + TAWAKKAL(DUIT)...insyaAllah boleh!!

NOTHING HAPPENS UNTILL WE MAKE IT HAPPEN..GOOD LUCK

p/s: sedang menunggu tawaran..doakan moga dapat yg terbaik

Sahabatku sayang.....

Semoga dirimu sentiasa dibawah rahmat dan perlindungan Allah..
Syukran jiddan diatas setiap pengorbanan dan perkongsian selama persahabatan yang terjalin kerana AlKhaliq ini...semoga setiap perkara yang diusahakan mendapat ganjaran yang besar disisi Allah
Terima kasih  dengan setiap teguran dikala diri ini melakukan kesilapan...sememangnya itulah tuntutan dalam menjalinkan perhubungan...dimana kita seharusnya memperbetulkan setiap kesalahan dengan cara yang berhikmah dan bijaksana~




sahabatku..ketahuilah dirimu amat berharga disisiku





Dikesempatan ini...sahabatmu ini ingin memohon maaf diatas segala keterlanjuran kata dan ketidakpuasanhatimu terhadap diri ini..kerana sesungguhnya setiap manusia itu mempunyai kelebihan dan kekurangan tersendiri...


Dan akhirnya...semoga persahabatan ini berkekalan hingga ke syurga hendaknya...amin~

 Nasyid ni khas ditujukan buatmu sahabatku!!Menangislah dibahuku by firdaus...
Ana akan sentiasa mencuba menjadi good listener!!InsyaAllah..




~ikhlas dari sahabatmu~

Sesuatu Yang Terjadi Ada Jawapannya


Ya Allah..knp smua ini terjadi padaku?
"Boleh jadi kamu m'benci sesuatu padahal ia amat baik bagimu,dan boleh jadi pula kamu menyukai sesuatu padahal ia amat buruk bagimu,Allah mengetahui sdgkn kamu tidak mengetahui"(surah alBaqarah:216)

Ya Allah...knp berat sgt ujianMu ini?
"Allah tidak membebani seseorang itu melainkan sesuai dgn kesanggupannya"(surah alBaqarah:286)

Ya Allah...terasa kehidupan ini sudah tiada maknanya lagi.
"Jgnlah kamu bersikap lemah,dan jgnlah pula kamu bersedih hati,padahal kamulah org yg paling tinggi darjatnya,jika kamu org2 beriman"(surah alImran:139)

"...dan jgnlah kamu b'putus asa dr rahmat Allah.Sesengguhnya tiada b'putus asa dr rahmat Allah melainkan kaum yg kafir"(surah Yusuf:12)

Ya Allah...bagaimana harus aku m'hadapi segalanya ini?
"Dan mintalah p'tolongan kpd Allah dgn jln sabar & mengerjakan solat,dan sesungguhnya solat itu amatlah berat kecuali kpd org2 yg benar khusyuk"(surah alBaqarah:45)




 Ya Allah...kpd siapa aku b'harap?

"Cukuplah Allah bagiku,tidak ada Tuhan selin drNya.Hanya kpdNya aku b'tawakal"(surah atTaubah:129)

 La Tahzan..Innallah ha maana

Pengakuan Lelaki Terhadap Wanita

 
Kami sulit menahan pandangan mata kami
ketika melihat kalian,
apalagi jika kalian diamanahkan Allah
kecantikan dan postur yand ideal,
kami semakin susah untuk menolak agar tidak melihat kalian,
kerana itu lebarkanlah serta longgarkanlah pakaian kalian
dan tutupilah rambut hingga ke dada kalian dengan kerudung yang membentang.


Kami sulit menahan pendengaran kami
ketika berbicara dengan kalian,
apalagi jika kalian diamanahkan oleh Allah
suara yang merdu dengan irama yang mendayu
kerana itu tegaskanlah suara kalian
tatkala berbicara di berhadapan dengan kami
dan berbicaralah seperlunya sahaja.


Kami juga sulit menahan
bayangan-bayangan hati kalian,
ketika kalian dapat menjadi
tempat untuk dicurahkan segala isi hati kami,
waktu luang kami kadangkala akan sering terisi
oleh bayangan-bayangan kalian,
kerana itu janganlah kalian membiarkan kami
menjadi curahan hati bagi kalia

Kami tahu kami insan lemah

bila harus berhadapan dengan kalian,
kekerasan hati kami dengan mudah bisa luluh
hanya dengan senyum kalian,
hati kami akan bergetar
ketika mendengar dan melihat kalian menangis.

Sungguh ALLAH telah memberikan amanah terindah kepada kalian,

maka jagalah amanah itu
jangan sampai ALLAH murka dan memberikan keputusan-Nya.

Maha Besar dan Maha Suci Allah yang tahu
akan kelemahan hati kami ini,
hanya dengan ikatan yang suci dan yang diredhai-NYA,
kalian akan menjadi halal bagi kami.




"LAlu apa yang telah aku lakukan selama ini..YA Rabb, ampunilah daku.
Untuk setiap pandangan yang tak terjaga,
untuk iman yang tak dipelihara,
lisan yang merayu dan hati yang tak terhijab,

Ya Rabb, Engkaulah mengawasi kami setiap detik,
kerana kasih sayangMu ya Allah kepada kami,
Engkau perintahkanlah malaikan silih berganti
menemani kami siang dan malam
agar iman kami dapat dijaga...

Perjuangan Itu Manis

 
Tit..Tit…

Handphone jenama sony ericsson kesayangan Khairunnisa’ berbunyi sebaik sahaja kakinya melangkah keluar dari bilik mesyuarat di blok pengurusan. Mesyuarat yang diadakan pada waktu malam memang sungguh memenatkan, namun demi tanggungjawab dan amanah yang digalas, dia redha…

Segera tangannya mencapai handphone di poket jubah birunya dan menekan butang read.

Assalamualaikum akak.. saya nak tumpang tanya sikit boleh?

Terukir senyuman di bibir gadis solehah itu sebaik sahaja melihat mesej daripada seorang insan yang sudah dianggap seperti adiknya sendiri. Hidayah – namanya seindah tuannya, tidak pernah jemu mencari walau secebis cahaya Ilahi. Terkenang kembali detik-detik pertemuan mereka. Pada waktu itu Khairunnisa’ menyertai program wawasan desa anjuran kolejnya dan menginap di rumah Hidayah selama 4 hari. Di situlah ukhwah bermula, semuanya kerana Allah..

Waalaikumsalam adikku sayang… untuk adik, boleh je.. nak tanya apa ye?

Segera dia membalas. Sementara menunggu balasan, kaki terus dihayun menuju ke asrama. Bagaikan terbayang-bayang katil yang empuk di hadapan mata khairunnisa’. Segera dia beristighfar, mengelakkan diri dari mengeluh..

“Macam penat aje?” Sahabat karibnya, Aliyah menegur.

“Takpe. Sikit-sikit je.. awak pun penat juga kan?”

“Hm, lepas habis projek ni.. lega rasanya”

“InsyaAllah… ni baru kat kolej, dah kerja nanti mesti lagi banyak tanggungjawab kan? Amanah itu kan ringan di dunia tapi berat di akhirat”

Suasana senyap. Masing-masing cuba menilai prestasi diri… Kaki dihayun, hati berzikir…

* * *

Khairunnisa’ terduduk kepenatan. Rasa kasihan melimpah ruah melihat Aliyah terbaring kelesuan, apatah lagi tugas sebagai setiausaha yang disandang oleh Aliyah memang benar-benar menguji kredibilitinya. Khairunnisa’ yang hanya memegang tugas sebagai bendahari sudah terasa bahang kepenatan, ini kan pula sahabat yang dikasihinya itu..

“Bersabarlah sahabatku… Allah bersamamu”

Terasa ingin dikucup penuh kasih pipi milik sahabatnya itu, namun memikirkan kemungkinan dia akan terbangun, Khairunnisa’ membatalkan hasratnya…

Tit.. Tit…

Handphone myiman berbunyi nyaring. Khairunnisa’ bangun mendapatkan handphonenya.

New Message From Hidayah.

Tertera ayat itu pada skrin handphonenya. Butang read ditekan..

Macam ni akak, tadi saya pergi pasar malam… kat situ ramai lelaki-lelaki handsome, kalau tak ada iman memang dah lama dah habis saya ni… masalahnya kak, kalau saya jeling-jeling je lelaki tu boleh ke?

Khairunnisa’ termenung jauh. Mesej itu mengingatkannya pada firmanNya dalam surah An-Nur ayat 30 yang bermaksud :

Katakanlah kepada wanita yang beriman: "Hendaklah mereka menahan pandangannya, dan kemaluannya, dan janganlah mereka menampakkan perhiasannya, kecuali yang (biasa) nampak dari padanya.”

Sejenak, dia teringat peristiwa pada petang tadi….

* * *

“Nisa, teman Aliyah kejap pergi pejabat ye… Aliyah nak serahkan proposal projek ni”

“Ye… Tapi Nisa tunggu kat luar aje lah ye”

“Ok”

Sementelah Aliyah masuk ke pejabat, Khairunnisa’ menghampiri Syafiqah yang duduk keseorangan di kerusi hadapan pejabat. Asyik mereka berbual sehinggalah datang dua orang muslimin sekelas-Ilyas dan Saiful menghampiri mereka. Khairunnisa’ kelihatan gelisah. Muslimin itulah yang kerap benar mengganggu hidupnya. Lama mereka berdiri di situ. Khairunnisa’ menundukkan pandangan sebaik mungkin.

“Tak balik Johor ke?”

Berderau darah Khairunnisa’. Dia tahu soalan itu ditujukan khas buatnya namun sengaja dia berpura-pura tidak mendengar. Kepala ditolehkan ke arah lain.

“Khairunnisa’ ”

Tegas suara itu memanggil. Tiada pilihan, khairunnisa’ menoleh sekilas.

“Tak kot” Lemah dia menjawab, kepala kembali ditundukkan.

“Johor kat mana?” Saiful pula mencelah. Khairunnisa’ diam.

“Kat Larkin kan?” Ilyas pula yang menjawab. Khairunnisa’ hanya mampu mengangguk lemah. Malunya tidak terkata. Apatah lagi melihat senyuman asing yang terukir di wajah syafiqah. Terasa seperti maruah diri dirobek-robek.. mahalnya sebuah harga diri!

Mujur, kelibat Aliyah kelihatan baru keluar dari pejabat. Cepat-cepat Khairunnisa’ mengatur langkah pergi dari situ.

* * *


Adikku sayang.. wanita yang solehah itu tidak suka memandang dan tidak suka dipandang.

Setitis demi setitis air mata Khairunnisa’ gugur mengiringi mesej itu… Terkenang kembali kelemahan diri yang masih menjadi perhatian kaum Adam.

“Ya Allah, moga kau ampuni dosaku… Kau berilah hidayah kepada sesiapa sahaja yang berada di sekelilingku”

Khairunnisa’ tertidur dalam sendu yang masih belum berhenti…

* * *

“Alhamdulillah.. semuanya telah selesai.. proposal sudah pun diluluskan. Sekarang ni tinggal nak pergi je ke destinasi” ceria suara Aliyah menyampaikan berita gembira menghiasi pagi Khairunnisa’.

“Syukur ya Allah… berbaloi juga hasil kerja keras kita selama ini… tak sia-sia kita korban kan masa dan tenaga demi mendapatkan hasil yang terbaik… Allah sentiasa menolong hambaNya yang bertaqwa kan Aliyah?”

Aliyah tersenyum senang. Orang mukmin itu tidak akan mudah mengalah kerana orang mukmin itu sentiasa mahu kan yang terbaik, bukan untuk dirinya tapi untuk Islam tercinta…

“Lepas ni. Bolehlah kita relaks ye Aliyah”

“Nisa! Tak boleh… kan kita dah nak final exam… Nisa ingat tak ustazah pesan apa?”

“Maaf Aliyah, Nisa terlupa…”

“Hm, takpe, itulah gunanya sahabat… saling melengkapi… ustazah kan pesan jangan sampai diri kita ni jadi fitnah kepada Islam, jangan kerana kita sibuk berpersatuan pelajaran terabai… nanti mengundang fitnah”

“Astarghfirullah… terima kasih Aliyah…”

Perjuangan menuntut ilmu tidak pernah mengundang lega tetapi lelah semata kerana perjuangan menuntut ilmu itu dikira sebagai Ibadat di sisi Allah, yang menjadi bekalan kita di sana nanti. Perjuangan itu mengundang air mata yang tidak pernah kan berhenti. Bila ditanya mengapa berjuang itu pahit? Simpan jawapan ini kemas-kemas dalam hati… kerana syurga itu manis!

Bagai terngiang-ngiang suara ustazah memberi pesan seperti seorang ibu kepada Khairunnisa’. Khairunnisa’ tersenyum lega… segera dia teringat kepada hidayah.

Handphone dicapai dan dia mula menaip..

Adikku sayang fillah… Gadis yang solehah malunya mengatasi perawan, beraninya mengatasi pahlawan, cinta bukan pada gambaran, rindunya bukan pada pertemuan tapi hatinya tersirat takwa keimanan… moga adik beroleh hidayahNya yang amat berharga…

Message sent!
 
 

Program Realiti Imam Muda 2-kini kembali

Dengan catatan sebanyak 1.7 juta semakan carian di Google, lebih daripada 300 ribu peminat di Facebook, dan 3 juta penonton, kini Imam Muda musim ke- 2 kembali lagi bersiaran langsung di Astro Oasis (Saluran 106) setiap hari Jumaat jam 6.30 petang bermula 29 April ini.

Ia telah dilancarkan oleh Yang Berhormat Mejar Jeneral Dato' Jamil Khir bin Haji Baharom (B) Menteri di Jabatan Perdana Menteri pada 18 April 2011 di Dewan Muktamar, Menara Pusat Islam, Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI).

Antara calon Imam Muda yang terpilih ialah Ali Khairudin Hj Abdul Marif, 26 Sabah; Mohd Hassan Adli Yahaya @ Yahuza, 26 Perak; Nazrul Izwan Zolkiflee, 26 Johor; Wan Najdi Mohd Noh, 20 Kelantan; Mohd Fakhrurrazi Hussin, 27 Terengganu; Ammar Wan Harun, 27 Kuala Lumpur; Mohd Azlan Zulkarnain, 25 Kuala Lumpur; Abdul Fattah Ridzwan, 21 Negeri Sembilan; Mujahid Suhaimi, 20 Singapura dan Zulfadli Haji Awang, 24 Brunei.

Pelbagai insentif menarik yang bakal menanti Juara Imam Muda, antaranya penajaan penuh biasiswa di Universiti Antarabangsa Al- Madinah, wang tunai RM30,000, sebuah kereta Proton Ixora, pakej menunaikan Haji dan Umrah, beserta hadiah sampingan yang lain.

Program pencarian Imam Muda kali ini telah dibimbing oleh Yang Berbahagia Dato' Hasan Mahmud Al Hafiz, mantan Imam Besar Masjid Negara dan dibantu oleh empat orang Murshyid (mentor) yang terdiri daripada dua pensyarah institusi pengajian tinggi awam tempatan, Ustaz Ikmal Zaidi Hashim dan Ustaz Mohd Izhar Ariff Mohd Kashim; dan dua wakil dari JAWI iaitu Ustaz Tuan Asmawi Tuan Omar dan Zulkefli Hamat.

sumber:iluvislam

Kenali Tokoh-Tuan Guru Dato' Dr.Haron Din

Tuan Guru Dato' Dr. Haron bin Din dilahirkan pada hari Ahad, 18 Ogos 1940 bersamaan 14 Rajab 1359 (Tarikh Hijrah ini mengikut kiraan Komputer) di Bohor Mali, Kangar, Perlis. Berkahwin dengan seorang Isteri dan dianugerahkan Allah dua orang anak lelaki dan tiga perempuan. Beliau dibesarkan dikalangan keluarga yang kuat mengamalkan ajaran agama Islam. Ibu bapa beliau adalah guru al-Quran yang mengajar bacaan al-Quran kepada masyarakat setempat. Beliau adalah anak yang ketiga daripada 10 orang adik beradik.Mempunyai seorang abang dan kakak dan seorang adik lelaki menakala enam adik perempuan.Dua orang saudara lelaki beliau juga tokoh agama terkenal iaitu abang beliau Ustaz Ishak bin Din dan adik beliau Ustaz Abu Hassan bin Din. Ayahanda beliau dikenali sebagai sebagai Lebai Din, yang juga seorang perawat yang mengamalkan rawatan pengubatan Islam.

Lebai Din juga seorang guru silat yang mengamalkan Silat Gayung Petani, bagaimanapun ilmu silat ini tidak langsung diturunkan kepada anak-anaknya. Berkenaan ilmu pengubatan Islam, Lebai Din hanya menurunkan ilmunya kepada seorang anaknya sahaja iaitu kepada Ustaz Haron Din. Lebai Din hanya mengijazahkan ilmunya dan memberi buku catatan pengubatan kepada Ustaz Haron Din sahaja.

Ustaz Haron Din menerima pendidikan awal di tangan ayah dan ibunya sendiri. Kemudian dimasukkan ke Madrasah al-Islahiah al-Wataniah Bohor Mali. Seterusnya ke Madrasah al-‘Alawiyah al-Diniah dan al-Kuliah al-Islamiah, Kelang Selangor. Kemudian melanjutkan pelajaran di Kolej Islam Malaya (1962-1965). Di kolej ini beliau memperolehi Sijil Tertinggi Kolej dengan cermerlang kemudian telah memenangi hadiah Biasiswa Persekutuan untuk melanjutkan pelajaran ke peringkat “Master Degree” di Universiti Al-Azhar, Cairo (1966-1968). Dalam masa tidak sampai dua tahun beliau telah berjaya memperolehi dua degree serentak iaitu M.A (Ijazah Sarjana) Syariah daripada Universiti Al-Azhar dan Diploma Pendidikan dari ‘Ain Shams, Universiti Cairo.

Setelah memperolehi Ijazah Sarjana Syariah, beliau kembali ke tanah air dan berkhidmat sebagai guru agama di Kementerian Pelajaran. Beberapa tahun kemudian beliau kembali semula ke Mesir untuk melanjutkan pelajaran dalam bidang Doktor Falsafah. Beliau memperolehi Ph.D Syariah dengan cermerlang daripada Universiti Darul-Ulum Qahirah (1972-1974).

Pulang ke tanah air dan berkhidmat sebagai pensyarah di Fakulti Pengajian Islam, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM). Akademik adalah bidang kerjayanya. Kekeluargaan Islam adalah jurusannya. Sebagai satu pengiktirafan terhadap kecemerlangan akademiknya, UKM menganugerahkan pangkat “Profesor” kepadanya sejak tahun 1986.


RINGKASAN BIODATA TUAN GURU DATO' DR. HARON DIN
Pendidikan

• Madrasah al-Islahiah al-Wataniah, Bohor Mali
• Madrasah al-‘Alawiyah al-Diniah dan al-Kuliah al-Islamiah, Kelang Selangor
• Sijil Tertinggi Kolej - Kolej Islam Malaya (1962-1965)
• Ijazah Sarjana (M.A.) Syariah - University Al-Azhar (1966-1968)
• Diploma Pendidikan - ‘Ain Shams, Universiti Cairo (1966-1968)
• Ph.D Syariah - Universiti Darul - Ulum Qahirah (1972-1974)

Kerjaya

• Pensyarah di Fakulti Pengajian Islam, Universiti Kebangsaan Malaysia (1975 – 1976)
• Timbalan Dekan, Fakulti Pengajian Islam, Universiti Kebangsaan Malaysia (1977-1985)
• Profesor di UKM sejak tahun 1986 hingga bersara
• Ahli Majlis Penasihat Syariah, CIMB
• Ahli Majlis Penasihat, Bank Negara Malaysia
• Majlis Penasihat Syariah, Suruhanjaya Sekuriti
• Ahli Majlis Fatwa Negeri Selangor
• Timbalan Pengerusi Majlis Penasihat Syariah, Bank Pembangunan
• Pengerusi Majlis Penasihat Syariah, RHB Bank
• Timbalan Pengerusi Majlis Penasihat Syariah, Public Bank Bhd
• Ahli Majlis Fatwa Negeri Perlis
• Ahli Majlis Penasihat Syariah, Muamalah Financial Consulting

Politik

• Ahli Jawatankuasa Kerja PAS Pusat (1975-1983)
• Ketua Penerangan PAS Pusat
• Ahli Majlis Syura Ulamak PAS
• Timbalan Mursidur Am PAS

Harga Sehelai Tudung Labuh

Dia menangis tersedu dalam dakapanku.

"Kalaupun saya salah, tak boleh ke mereka tegur depan-depan? Kenapa perlu cakap-cakap kat belakang".

Aku mengusap lembut belakangnya, cuba menenangkan.
"Saya rasa saya ni macam jahat sangat, saya tak tahu pun mereka tak suka dengan sikap-sikap saya". "Saya rasa macam semua orang tak suka saya, cakap buruk tentang saya saya kat belakang", tangisnya makin menjadi-jadi, tak pernah aku lihat dia menangis sebegitu kerana dia biasanya hanya suka berdiam dan memendam, susah meluahkan perasaan.

"Mereka kata macam-macam, saya ni pakai je tudung labuh, bawa imej Islam tapi perangai tak macam orang tudung labuh. Salah ke saya menegur kalau saya nampak mereka buat perkara tak betul? Memang saya akui saya agak tegas dan berterus terang, tapi saya bukan nak malukan mereka. Saya tahu saya tak sempurna, saya bukan budak sekolah agama, banyak lagi ilmu saya tak tahu. Mereka kata masa saya tak pakai tudung labuh dulu, saya tak macam ni", rintihnya lagi.

Aku biarkan saja dia terus meluahkan apa yang terbuku di hatinya, biar dia lega. Aku leraikan pelukannya, namun terus mengelus lembut bahunya, mudah-mudahan dia diberi kekuatan.

"Awak menyesal pakai tudung labuh?", aku meneka. Dia hanya membisu. Dikesatnya air jernih yang turun melaju dari tubir matanya. Aku dapat mengagak jawapan disebalik kebisuannya. "Awak berputus asa nak menegur mereka lagi?", saya terus menduga.

"Buat apa nak tegur lagi, kalau tegur pun akhirnya saya yang kena kutuk", perlahan dia menjawab dalam sedu sedannya.
"Awak, Allah nak uji awak hari ini. Inilah harga tudung labuh yang kita pakai, inilah harga yang kita terpaksa bayar. Siapa kata pakai tudung labuh senang? Tak mudah seperti yang mereka nampak. Bila dah bertekad untuk pakai tudung labuh, kita kena siapkan juga fizikal, mental dan hati kita, kena kuat, kena tahan dengan cabaran

Dan inilah antara ujiannya. Bilamana kita orang yang bertudung labuh buat silap, terus dikaitkan dengan agama. Bahkan kita ni jadi perhatian di mana-mana. Pada mereka, kita kena jadi sempurna, kena tahu semua ilmu agama, dan tak boleh buat silap sikit pun. Sedangkan, kita juga manusia, manusia yang banyak sangat kelemahan", saya bersuara sambil memandang tepat ke wajahnya yang sugul.

"Jangan pernah menyesal dengan diri awak, tudung awak. Jangan kerana masalah sekecil ini, awak dah mengalah. Ujian ni banyak sangat hikmahnya untuk awak. Allah nak ajarkan tentang sesuatu kepada awak. Sebelum ini awak mungkin tak pernah rasai ujian bila bertudung labuh, awal-awal dulu, semua menyokong, memuji dan beri galakan. Jadi mungkin awak tak terkesan sangat dengan istimewanya diri awak sekarang.

Bila Allah datangkan ujian macam ni, baru kita akan rasai, betapa tak mudah sebenarnya, bersama tudung yang kita pakai, ada tanggungjawab besar yang kita bawa bersama. Tanggungjawab untuk memegang amanah membawa imej Islam, tanggungjawab memperbaiki diri, biar dalaman kita secantik luaran, akhlak kita indah sebagaimana tudung kita, tanggungjawab mempersiapkan diri dengan ilmu, kerana wanita seperti kita selalu jadi tumpuan bila sahabat-sahabat ada permasalahan agama. Jangan anggap ia sebagai beban, anggap ia sebagai keistimewaan, yang Allah bagi hanya khas kepada insan-insan yang Dia pilih. 

Nah, betul kan, bertudung labuh tak semudah yang disangka? Hanya yang betul kental saja dapat terus istiqamah dengannya, dan yang istiqamah dalam mengharapkan keredhaan Allah, bukan kah mendapat tempat istimewa di sisiNya? Awak tak nak jadi terkenal pada padangan Allah dan penduduk langit? Awak dah nak berputus asa?" Aku menduga.

Melihat dia terus membisu, aku bersuara lagi.
"Begitu juga, ujian ini mungkin nak menyedarkan sesuatu tentang dakwah yang berhikmah. Dulu kita biasa saja dengarkan, kat mana-mana ustaz cakap, dalam mana-mana buku yang kita baca, dakwah mesti berhikmah. Jadi sekarang Allah ajar awak bukan teori saja apa itu dakwah berhikmah, tapi juga praktikalnya sekali.
 
Bagaimana dakwah berhikmah? Mesti kena caranya, tempatnya, sesuai perkataanya, tidak melukakan, tidak menyebabkan kemarahan orang yang kita nasihatkan. Bagaimana kalau dakwahnya tidak berhikmah? Maka jadilah, dakwah kita tak berkesan, mad'u kita terasa jauh hati dengan nasihat kita, dan akhirnya keluar lah cakap-cakap belakang macam yang awak alami. Jadi, awak jelaskan? Kenapa bersungguh benar Allah dan rasul minta kita berdakwah secara berhikmah. 

Dan mungkin Allah nak tegur, cara awak, Allah nak awak perbetulkan kaedah dakwah yang awak guna, Allah nak kata, salah tu, kena perbaiki. Salahkah Allah tegur? Tak salah, kan. Allah tegur sebab Allah sayang, Allah tegur sebab nak bagi kekuatan, Allah tegur supaya kerja-kerja ini dapat awak laksanakan dengan lebih berkesan. 

Bila berdakwah, kita berhadapan dengan macam-macam ragam orang. Ada yang sensitif, ada yang terbuka, jadi kena bijak kita sesuaikan. Dai'e yang kental, takkan putus asa, sebab dia tahu, dakwah adalah kewajipan, bukan pilihan."

"Lagi, apa Allah nak bagitahu awak? Terasa sangat sakit dan terluka bila kita jadi bahan umpatan, kejian dan kelemahan kita dibicarakan kat belakang, kan? Jadi bila kita tahu sakitnya macam ni, kita jangan sesekali buat perkara sama kepada sahabat kita sebab kita dah tahu betapa pedihnya, betapa peritnya akibat daripada perbuatan ni. Boleh lukakan hati orang, boleh menyebabkan permusuhan juga. 
Bila ada apa-apa yang perlu ditegur, dinasihati, jumpa sahabat kita sendiri, cakap secara jujur dan ikhlas, insyaAllah semua orang suka kalau kelembutan digunakan, cepat meresap. Kalau pun dia mungkin tak dapat terus berubah, sekurang-kurangnya dia tak terasa hati, dan tak ada permusuhan antara kita."

"Awak, walaupun awak rasa ujian ni sangat menyakitkan hari ni, tapi saya tak tengok satu pun perkara buruk yang Allah maksudkan terhadap awak. Semuanya ada hikmah yang sangat indah.  

Kenapa teguran Allah ini begitu perit, sakit? Sebab Allah nak kita ingat, sebab yang menyakitkan tu lebih lekat dalam ingatan kita, kalau ujian tu senang, mungkin kita tak hargainya. Allah nak kejutkan kita, mungkin Allah terpaksa 'menyergah' kita dengan kuat."

Sedu-sedannya telah reda, Ya Allah semoga kekalutan jiwa dia juga begitu.
"Habis, apa saya kena buat?", tanyanya.
"Sekarang awak perlu sujud taubat kepada Allah, minta keampunanNya, mungkin ada kesilapan yang awak tak sedari, bersyukur padaNya sebab menegur awak dengan ujian begini. Kemudian pergilah jumpa sahabat-sahabat yang terasa dengan awak tu, minta maaf. Sekarang tak timbul isu siapa bersalah pada siapa dulu, tapi yang sebaik-baiknya adalah leraikan permusuhan, minta dan beri kemaafan." jawabku.

Dia menggenggam tanganku erat, "Terima kasih sahabat".
"Allah yang sedang memujuk awak, saya pelakon tambahan saja, tapi saya bersyukur, Allah kurniakan anugerah pengajaran yang tak ternilai untuk saya hari ni. Terima kasih ya Allah, terima kasih pada awak juga."

Hatiku tenang, moga Allah memberi dia ketenangan yang sama.
Sahabat, walau siapa pun kita, bertudung labuh, tudung biasa, atau yang tidak bertudung sekalipun, kita SEMUA adalah manusia biasa, yang lemah, ada cacat celanya.
Sekiranya ada sahabat kita terlalai, terlupa, tolonglah ingatkan dia dengan sebaik cara.

Dan yang paling utama, setiap apa saja ujian yang mendatangi kita, berbaik sangkalah pada Allah. Bertenang, dan fikirkan hikmahnya dengan rasional. InsyaAllah, pasti dan pasti Allah tidak akan pernah menzalimi kita.

Jangan takut dan jangan bersedih...sesungguhnya Allah bersama2 hamba yang berjuang menuju ke jalanNYA...


sumber:iluvislam



Super Iman vs Super Nafsu


Suatu pagi yang hening ketika berkumandangnya azan subuh,

Iman : Bos, bangun ! Dah masuk waktu subuh ni.
Syaitan @ Nafsu : Alah... Baru azan bos. Tidur la lagi.
Iman : Bangun bos ! kalau bangun awal dan siap awal boleh solat jemaah di masjid
Syaitan @ Nafsu : Belum iqomat lagi. Nanti dah qomat baru la bos bangun.
15 minit selepas azan berkumandang...
Iman : Bos, masjid dah qomat tu. Jom bangun, solat di masjid !
Syaitan @ Nafsu : Tak payah la pergi masjid. Solat di rumah pun sah juga bos. Tidur dulu. Waktu subuh panjang lagi ni.
Selepas 59 minit berlalu, dia terjaga dari tidurnya...
Iman : Bos dah lewat ni, jom solat !
Syaitan @ Nafsu : Alang-alang dah lewat, baik bos terus tidur je. Nanti boleh qodho' solat tu.

Boleh dikatakan setiap pagi kita akan melalui situasi seperti di atas. Di mana kita perlu memilih antara memenangkan iman ataupun syaitan dan nafsu kita. Kalau iman yang kita pilih, maka kita akan bangun menunaikan solat subuh dengan segera. Tapi jika syaitan dan nafsu yang menjadi pilihan maka kita akan tangguh dan tangguh menunaikan solat. Lebih malang lagi jika kita terus tidur sehingga habisnya waktu subuh.

Banyak lagi situasi yang memerlukan kita membuat pilihan sama ada memenuhi kehendak iman ataupun nafsu dan syaitan. Syaitan akan membutakan mata kita dan menjadikan dosa dan maksiat yang kita lakukan nampak indah. Firman Allah dalam Surah an-Nahl ayat 63 yang bermaksud

"Demi Allah, sungguh Kami telah mengutus (rasul-rasul) kepada umat-umat sebelum engkau (Muhammad), tetapi syaitan menjadikan terasa indah bagi mereka perbuatan mereka (yang buruk), sehingga dia (syaitan) menjadi pemimpin mereka pada hari ini dan mereka akan mendapat azab yang sangat pedih".

Begitulah sahabat-sahabat sekalian, syaitan dan nafsu menggoda kita agar lalai dalam melakukan ketaatan kepada Allah. Ada saja alasan dan cara yang diberikan kepada kita supaya kita mengikut telunjuk dia. Kreatif dan liciknya makhluk Allah yang bernama syaitan ini dalam menyesatkan anak cucu nabi Adam. Mereka bersungguh-sungguh menggunakan waktu yang diberikan oleh Allah ini untuk mengumpul pengikutnya sebanyak yang boleh untuk bersama-sama mereka di neraka kelak. Firman Allah dalam Surah Fatir ayat 6 yang bermaksud

"Sungguh, syaitan itu musuh bagimu, maka perlakukanlah ia sebagai musuh. kerana sesungguhnya syaitan itu hanya mengajak golongannya agar mereka menjadi penghuni neraka yang menyala-nyala".

Syaitan tidak pernah berputus asa untuk menggoda manusia. Jika plan atau strategi pertama tidak menjadi maka dia akan ubah kepada plan kedua dan begitulah seterusnya sehingga manusia terkulai dengan pujuk rayu syaitan. Nau'zubillah. Contohnya jika mereka tidak berjaya menghalang manusia dari melakukan ketaatan maka mereka akan menusuk pula jarum riak ke dalam diri manusia agar berbangga dengan amal kebaikan yang dilakukan. Apabila ada sebesar zarah riak yang timbul pada setiap amal yang kita lakukan maka amalan itu akan tertolak. Syaitan memang mahukan kita miskin pahala dan kaya dengan dosa.

Itulah antara kelebihan syaitan, tidak pernah putus asa dan licik serta kreatif dalam menggoda manusia. Kelemahan kita manusia pula ialah sering termakan dengan tipu daya mereka. Manusia yang sering leka dan lalai dari mengingati Allah adalah sasaran yang paling mudah untuk ditumpaskan dan dikalahkan oleh godaan syaitan ini berbanding mereka yang selalu mengingati Allah. Firman Allah dalam surah Al-'Araf ayat 201 yang bermaksud

"Sesungguhnya orang-orang yang bertakwa apabila mereka dibayang-bayangi fikiran jahat (berbuat dosa) dari syaitan, mereka pun segera ingat kepada Allah, maka ketika itu juga mereka melihat (kesalahan-kesalahannya)".

Sahabat sekalian, jangan biarkan diri dikuasai nafsu dan syaitan sekiranya tidak mahu dihumban ke dalam api neraka yang bahan bakarnya terdiri daripada manusia yang derhaka dengan perintah Allah. Jikalau kita mampu untuk menahan azab Allah di akhirat kelak, maka berbuatlah sesuka hati di di dunia ini dan turutilah telunjuk syaitan. Tapi jika kita mahu menikmati keindahan syurga kelak maka berkorbanlah menahan keinginan nafsu dari melakukan perkara yang dimurkai Allah dan berhentilah dari terus menerus mengikut jejak langkah syaitan. Syaitan tidak mampu untuk menolong dirinya sendiri apatah lagi kita diakhirat kelak. Firman Allah dalam Surah Ibrahim ayat 22 yang bermaksud

"Dan syaitan berkata ketika perkara (hisab) telah diselesaikan, "Sesungguhnya Allah telah menjanjikan kepadamu janji yang benar, dan aku pun telah menjanjikan kepadamu tetapi aku menyalahinya. Tidak ada kekuasaan bagiku terhadapmu, melainkan (sekadar) aku menyeru kamu lalu kamu mematuhi seruanku, oleh sebab itu janganlah kamu mencerca aku, tetapi cercalah dirimu sendiri. Aku tidak dapat menolongmu, dan kamu pun tidak dapat menolongku. Sesungguhnya aku tidak membenarkan perbuatanmu mempersekutukan aku (dengan Allah) sejak dahulu. "Sungguh, orang yang zalim akan mendapat siksaan yang pedih".


Satu kata-kata hikmah yang berbunyi
"Jika kamu tidak disibukkan dengan kebaikan maka kamu akan disibukkan dengan kebatilan. Kebatilan akan mendekatkan kamu dengan syaitan"

Oleh itu sahabat, jangan biarkan diri lalai dan leka sehingga memudahkan syaitan menggoda kita. Pelajarilah 2 sifat syaitan iaitu tidak mudah putus asa dan kreatif. Jadilah orang yang tidak putus asa dengan rahmat Allah dan orang yang kreatif dalam menolak segala pujuk rayu syaitan laknatullah. Moga kita dijauhkan oleh Allah dengan makhluk yang bernama syaitan ini. Firman Allah dalam surah Al-'Araf ayat 200 yang bermaksud

"Dan jika syaitan datang menggodamu, maka berlindunglah kepada Allah (dengan membaca 
 a'uzubillahi minassyaitanirrajim). Sungguh, Dia Maha Mendengar dan Maha Mengetahui".