Bingkai Kehidupan



Itulah nasyid BINGKAI KEHIDUPAN alunan kumpulan SHOUTUL HAROKAH dari Indonesia.Memang membangkitkan semangat juang dalam diri setiap pejuang2 Islam.InsyaAllah.

Apa yang nak dikongsikan disini adalah kita perlu melakarkan bingkai dalam kehidupan kita agar tidak tergelincir dan hanyut dibawa arus kehidupan.Mahu atau tidak kita mesti mempunyai matlamat yang sohih lagi jelas dalam menjalani hidup sehari-harian sebagai seorang hamba kepada yang Maha Berkuasa lagi Maha Bijaksana.

Jadikan lah Allah sebagai matlamat tertinggi dalam hidup kita.Tiada matlamat lain kita hajatkan selain menggapai redha dan kasih sayang Allah SWT.Muslim yang sejati menyasarkan mardhatillah dan husnul khatimah(kesudahan yang baik) sebagai kemuncak pencapaian hidup.Kecintaan kepada Allah membawa kita kepada kecintaan terhadap kekasihnya,Muhammad bin Abdullah.Justeru,segala sunah Baginda kita perjuangkan untuk ditegakkan dalam kehidupan seharian.

Akhirnya,untuk mencapai matlamat agung itu tadi,perlukan pengorbanan dan perjuangan.Jalan ke syurga tidak dihampari dengan permaidani merah mahupun taburan bunga indah,tetapi dipenuhi dengan onak ranjau yang berduri yang akan menyukarkan perjalanan kita semua.JIHAD adalah kata kunci menuju ke syurga.Semuanya itu perlukan mujahadah,pengorbanan dan kesabaran.



Inilah dia persiapan kita sebagai seorang khalifah menuju ke destinasi yang abadi & hakiki.Sesungguhnya MUJAHADAH ITU PAHIT KERANA SYURGA ITU MANIS!!!Ada kemanisan disetiap kepahitan..semoga dirimu tabah mengharungi segala cubaan dan mehnah...

Ya Allah...
bangkitkan semangat kami untuk berjuang sebagai syuhadaMU!!
Allahuakbar!!

Wallahu a'lam

Cintai Ibu Bapamu...

Alhamdulillah and all praise to Allah..

Cinta kpd Allah
Cinta Rasul
Cinta Ibubapa
Cinta kepada Ummah
Cinta kepada kecemerlangan
Mari kita semua
Cinta 5 perkara...



Dikesempatan yang masih bersisa ini..ana ingin mengucapkan SELAMAT HARI IBU@HAPPY MOTHERS DAY kepada ibu ana,Rabaaiah Binti Abdul Rani...semoga setiap pengorbananmu yang tidak terhitung itu dibalas dengan syurga yang maha hebat oleh Allah SWT...ameen Ya Rabb

Cinta kepada Allah semestinya cinta yang pertama dan selamanya.Kemudian cinta itu diiringi dengan cinta kepada kekasih Allah,Rasulullah SAW,kemudian cinta kepada kedua ibubapa kita.Cinta kpd Allah menuntut kita untuk menjadi hamba yang terbaik,melakukan segala suruhan dan menjauhi segala larangan.Cinta kpd Rasulullah pula mendorong kita untuk mencontohi segala perilaku dan akhlak mulia Baginda.

Firman Allah SWT:
"Dan kami perintahkan kpd manusia berbuat baik kepada kedua ibubapanya,ibunya telah mengandungkannya dalam keadaan lemah yang bertambah-tambah,dan menyusukannya dalam tempoh dua tahun.Bersyukurlah kpdKu dan kepada kedua ibubapamu.Hanya kepada Akulah tempat kamu kembali.Dan jika keduanya memaksamu untuk mempersekutukan Aku dengan sesuatu yang kamu tidak mempunyai pengetahuan ttg itu,maka jgnlah kamu mengikuti kedua2nya.Dan pergaulilah kedua2nya dgn baik didunia,dan ikutilah jalan org yang kembali kpdKu.Kemudian hanya kepada Akulah tempat kamu kembali,maka Aku beritakan kepadamu apa yang telah kamu kerjakan."(Surah Luqman 31:14-15)

Rasulullah ditanya ttg peranan ibubapa.Baginda SAW lalu menjawab:
"Mereka adalah yang menyebabkan syurgamu atau nerakamu"(Riwayat Ibnu Majah)



Sejauh manapun kejayaan yang kita raih,kita belum dikatakan berjaya jika hubungan kita dengan ibubapa masih "dihujung ingatan".Letakkan cinta kita kepada mereka setelah Allah dan Rasul.Ibubapa x dapat diganti dengan harta dan kedudukan,ttp bakti kita kepada mereka dapat meninggikan darjat kita disisi Allah.

Lagu ni khas buat insan yang amat kucintai...IBU


Ayuh sahabat,kita perbaiki hubungan kita dengan ibubapa.Sehebatmanapun kita menongkah dunia tidak dapat kita membalas titis keringat mereka yang berjatuhan diatas muka bumi ini dalam jerih payah membesarkan dan memberikan keselesaan kepada kita.

Wallahua' lam...

Titipan Buat Teman :))




Ya Sodiqi.
sedarlah kita adalah
penyambung dakwah Nubuwwat,
generasi yang dilahirkan untuk
menegakkan kalimah "Lailahaillallah",
kita adalah umat terpilih untuk
memperjuangkan Dinul Islam,
meneruskan
perjuangan para sahabat dan Rasul junjungan,
dalam
menegakkan agama Allah yang diredhai.

Wahai Rajul
penegak Islami.
Hentikanlah kelalaian dalam mengharungi arus duniawi.
selamilah dirimu mencari kekuatan hakiki,
demi Islam yang dicintai.
Harumi jiwamu dengan
tarbiah Islami,
agar hatimu sekental Umar Al-Khattab,Hamzah 'Asadullah dan Salahuddin Al-Ayubi,
tidak gentar
berjuang di jalan Ilahi.

Duhai akhawat mukminah sejati,
inginku ingatkan kita adalah
sayap kiri perjuangan lelaki sejati.
Kelembutan dan keindahan akhlakmu penghias peribadi.
Tuturmu berhikmah penuh teliti,
menjadi dambaan syabab pilihan Ilahi.
Pagari dirimu dengan
syariat Islami.
Jadilah mawar berduri yang sukar dipetik lelaki,
agar mereka mengerti dirimu sukar dimiliki,
tanpa
iman yang teguh di hati.

Wahai sahabat pendukung agama Allah,
hubungkanlah hatimu dengan
ukhuwahfillah,
agar jiwa ini
dekat dengan Illahi.
Tabahkan hati menempuh cubaan duniawi,
semoga
syurga tempat pertemuan abadi.

Tips Atasi Zina Hati

Alhamdulillah and all praises to Allah


Selagi dinamakan manusia, kita mempunyai perasaan suka mengasihi dan dikasihi. Memang adat kehidupan bahawa kasih cinta didahului dengan berasa rindu, namun jangan pula rindu berlebihan. Kerinduan kepada kekasih, sering kali membekaskan duka, penyakit menyebabkan kelemahan hati. Kita sebenarnya berperang dengan perasaan. Namun, seorang Muslim akan terasa nikmat jika dapat menjauhi keluhan, kesedihan dan kerinduan ini.

Ibnu Qayyim memberikan terapi mujarab mengenai masalah rindu. Sebelum itu beliau memberikan sebab mengapa rasa rindu berlebihan terjadi antaranya: Hati tidak terisi oleh rasa cinta, syukur, zikir dan ibadah kepada Allah sebaliknya membiarkan mata meliar. Pandangan dan renungan mata adalah jalan membawa kepada kesedihan dan keresahan.

Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: “Pandangan mata itu satu daripada sekian banyak anak panah iblis.” Setiap penyakit ada ubatnya. Ubat yang terbaik adalah meneguk daripada pengajaran al-Quran seperti firman Allah yang bermaksud: “Demikianlah supaya kami memalingkan daripadanya kemungkaran dan kekejian. Sesungguhnya Yusuf itu termasuk hamba kami yang terpilih.” - (Surah Yusuf, ayat 24)

  • Ikhlas kepada Allah. Ikhlas adalah ubat penyakit rindu. Ikhlas kepada Allah bermakna selalu berusaha berada di pintu ibadah dan memohon kesembuhan daripada Allah. Jika kita ikhlas kepada Allah, Allah akan menolong kita daripada penyakit kerinduan melalui cara tidak pernah terdetik di hati. Syeikhul Islam Ibnu Taimiyah mengatakan: “Sungguh jika hati telah berasakan manisnya ibadah kepada Allah dan ikhlas kepada-Nya, nescaya ia tidak akan menjumpai hal lain yang lebih manis, indah, nikmat dan baik daripada Allah. Manusia tidak akan meninggalkan sesuatu dicintainya, melainkan selepas memperoleh kekasih lain yang lebih dicintainya.
 
  • Doa mengundang sikap, rasa fakir dan rendah diri di hadapan Allah. Oleh itu doa adalah salah satu bentuk ibadah yang agung. Ketika kita berada dalam kesempitan, kita bersungguh-sungguh dalam berdoa, berasakan Allah amat dekat mendengarkan rayuan.
 
  • Mengurus mata dan pandangan. Pandangan yang berulang-ulang adalah suis penting menyalakan api rindu. Orang yang memandang dengan sepintas lalu jarang berasakan hati terusik dan jatuh. Ibnul Qayyim menyatakan: “Orang berakal tidak mudah tergelincir jatuh hati dan rindu, dia tidak tertimpa pelbagai kerosakan. Barang siapa yang terjun ke dalamnya maka ia termasuk orang yang menzalimi diri sendiri, tertipu dan akhirnya binasa. Jika dia tidak melakukan pandangan berkali-kali terhadap orang yang dikagumi dan usahanya itu meragut benang asmara, pastilah asmara tidak akan kukuh mencengkam jiwanya.”


  • Bernikah dan membina rumah tangga adalah langkah paling baik. Inilah ubat rindu paling baik. Tidak semestinya bernikah dengan orang yang kita kagumi. Meskipun pernikahan itu dilangsungkan tidak dengan orang dicintai dan diidamkan. 

Kejohanan Motocross Terbuka Perak 2011

Alhamdulillah and all praises to Allah,

Saja nak kongsikan pengalaman ana menjadi urusetia dalam program yang ana mentionkan seperti tajuk diatas.Memang best sangat2 sampaikan muka yang sedia gelap ni bertambahlah gelap.Mana taknya dua hari berturut-turut sabtu & ahad(30-1 Mei) berkampung kat tempat pertandingan untuk memberi semangat kepada peserta2 khususnya.ceh...x de la..kan ana kata jadi urusetia...faham2 je la~

So,litar perlumbaan kat Kg.Kepala Bendang,Sayong,Kuala Kangsar.Kejohanan ni dianjurkan oleh Unit Amal.Pada hari yang sama juga diadakan pertunjukan vespa di Arena Square.Orang kata kalau g tengok vespa tu pondan...yeke??Ntah apa2 je la...Datang tempat tu awal la jugak dalam pukul 8 pagi.Ramai gak penyertaan sampai seratus lebih.Yang paling menarik ada seorang peserta perempuan turut serta dalam pertandingan lasak tu.Minat punye pasal kan....Actually mula2 ada dua peserta perempuan mendaftar,tapi tiba2 salah seorangnya sakit kaki kemudian tu...x leh la main~

Perasmi pagi tersebut adalah orang hebat..Mantan Menteri Besar Perak,Dato' Seri Ir Nizar Jamaluddin yang selepasnya digantikan oleh kerajaan haram Dato' Zambry(ana cakap berdasarkan ceramah yang ana hadiri yang mengatakan rampasan kuasa yang berlaku di Perak adalah haram)...semasa beliau(Ir Nizar)memberi ucapan perasmian beliau dah siap berpesan supaya kita sebagai orang Islam menjaga waktu solat...bersukan2 juga tp solat tetap diutamakan..beliau tiba dengan sekumpulan geng2 motor besar sambil melambai2 tangan kearah semua yang hadir..

Memang ana x pernah tau apa2  pasal motocross  sebelum ni...lps jd urusetia macam2 ana tau..kelakar betul..antara acara yang dipertandingkan adalah cub-cross 4 stroke,cub-cross 2 stroke,junior,novice,klasik,motocross open,endurance veteran,endurance open..ana x tau la apa yg membezakan smua tu sebab smua guna litar yang sama..maybe jenis motor n cc yang membezakannya kot...

Tapikan acara yang paling gilang gemilang adalah endurance open..sebabnya diorg x lalu ikut track biasa tapi kena naik bukit n turun bukit yang mana ketinggiannya boleh melihat seluruh bandar Kuala Kangsar.Acara tersebut dimenangi oleh seorang mat saleh yang berasal dari New Zealand  klu x silap..tempat kedua juga dimenangi oleh mat saleh..dan tempat ketiga dimenangi oleh pemuda cina...org melayu??x yah cakap diorg sume belakang2 maybe x ckup pengalan lagi..sejam kot diorg kna pusing track naik turun bukit..kita yang tengok ni pn x lalu...

Sepanjang dua haritu cuaca memang hujan je memanjang...tracknya mmg berlecah2..ramai gak yang jatuh masa bawak moto...petugas2 yang mmg sedia menunggu disepanjang track yg tlog diorg..ada yang x lepas naik bukit diorg tolak..ada sorang budak tu masuk acara junior,dia kluar awal2 lagi lepas main 2 pusingan..pastu DJ panggil dia tanye knp kluar awal ni,dia cakap track sangat licin...haha..

Penyertaan agak baik juga...org thailand pn turut serta...ada yg dtg dr negeri lain...cume yang ana x nampak kt situ org India..sebenarnya hadiah nye bkn lumayan sangat..setakat RM400 utk tempat pertama...sedangkan utk satu penyertaan pn kna bayar RM100..ada yang masuk 2@3 acara..mmg kaya spe yg turut serta tu..ish3 minat punye pasal sanggup berhabis..tp x pe sbb diorg berlumba kna pada tempatnya..bkn macam mat rempit yang menggunakan laluan awam utk kepuasan diri sendiri..btul x??

Sebelah malamnya pulak ada ceramah yang disampaikan oleh Drs.Khalil Idham Lim,Adun Titi Serong..tp menyedihkan sebab x ramai yang datang..petugas2 smua dh pnat..pihak penganjur beria-ria menjemput bdak2 sekolah Sg.Gading,Tapah utk mendendangkan nasyid..adik ana pn termasuk sekali bernasyid dihadapan semua...

Esoknya lak sambung lagi pertandingan..uish mmg pnat...dah la berlecah2...mmg kotor x tau nk cakap..sebenarnya x ramai sgt muslimat yg hadir tgk kejohanan tu..cuma ana ngn spupu yg terlebih excited tgk...ish3 budak tudung labuh pn minat benda2 macamni..lasak pulak tu..memalukan sungguh..tp sebenarnya ana x malu pn,seronok ada la...rse x puas tengok...yang penting jaga waktu sembahyang n jaga aurat walau dalam keadaan cmne sekalipn...even dlm berlecah tu,kami tetap pkai stocking tau~
Smua peserta knal ana ngn spupu sebab sume diorg mendaftar kat kami...bangga kott!!main je la...x de maknanye...

Penyampaian hadiah pulak disempurnakan oleh Tn Hj Mohd Sabu...x larat nk cite dh...sebelah malamnya ada ceramah politik yang disampaikan oleh beliau juga ...bertempat di Markaz Haji Mat Nazir,Sayong...ahh pengalaman dua hari yang cukup menyeronokkan...congrats kepada smua pemenang2 Kejohanan Motocross Terbuka Perak...credit 4 u all~




 p/s:gambar ni actually bkn ana yg snap..tp ana muat turun dr FB seorang akhawat...hehe...tu la diingatkan pada kita semua terutamanya girls supaya x meletakkan gambar yg pelik2 kt FB..org lain boleh upload gambar korg yang macam2 tu utk tujuan yg x senonoh barangkali..hati2 n jaga diri~


Ukhuwwah Fillah Abadan Abada...




Wish for Hana comel...

            * Thanks for everything...
            * Jangan lupa aku ye... Forget me not...
            * Semoga berjaya dalam exam nanti...
            * Semoga bahagia di dunia dan akhirat... Insya Allah...
            *Love you forever...

Sahabatmu, 
Mardhiyyah

Hana tersenyum. Kad comel yang diterimanya 15 tahun lalu dipegang. Dia mencium kad itu. Tanpa disedari, air matanya menitis. Kenangan di alam persekolahan menerjah mindanya. Kenangan itu membawa seribu satu pahit manis alam persahabatan. Di waktu itu jugalah, dia banyak belajar tentang erti kehidupan. Dia masih ingat saat bersama dengan sahabat baiknya, Mardhiyyah. Sahabat sejati yang dicari-cari selama ini.

Walaupun rumah mereka berjauhan, mereka masih saling berhubung. Gembira bersama, sedih bersama, segalanya bersama. Hana bersyukur setelah ditawarkan bekerja di satu daerah yang sama dengan sahabat baiknya itu. Mardhiyyah banyak membantunya. Daripada masalah di sekolah, bahkan di tempat kerja sehinggalah ke masalah peribadi. Hinggakan calon suami pun Mardhiyyah sanggup tolong carikan.

Dia masih ingat kata-kata Mardhiyyah, mahu menjadi seperti Khaulah binti Hakim. Wanita solehah di zaman Rasulullah S.A.W. yang menjadi orang perantara untuk melamar Saudah Zam'ah untuk baginda Rasulullah. Beliau seorang pencari jodoh yang mulia dan dihormati. Mardhiyyah mahu mencontohinya. Dia mahu Hana mendapat suami soleh, bertanggungjawab, warak dan mampu membimbingnya ke jalan yang benar.

" Kau yang rajin sangat carikan suami untuk aku, kau tu bila lagi, Mardhiyyah? " 

Hana teringat selorohnya kepada Mardhiyyah.

" Ala... Bukan selalu. Aku nak sangat tengok kau kahwin. Tengok anak-anak kau. Takut tak sempat pula nanti, " sambung Mardhiyyah.

" Ish... Kau ni. Mengarut je la. Nanti aku kahwin, kau jadi pengapitnya. Aku bersalin, kau jadi bidannya. Boleh janji? "




" Dan jangan sekali-kali kamu mengatakan terhadap sesuatu: ‘Sesungguhnya aku akan mengerjakan itu esok pagi', kecuali (dengan menyebut): ‘Insya Allah'. Dan ingatlah kepada Tuhanmu jika kamu lupa dan katakanlah: ‘Mudah-mudahan Tuhanku akan memberiku petunjuk kepada yang lebih dekat kebenarannya daripada ini. "

Pantas Mardhiyyah menyambung dengan membacakan tafsiran ayat 23 dan 24 dari surah Al-Kahfi. Begitu mendalam sekali maksud tafsiran itu.

Walaupun dilahirkan sebagai anak yatim piatu, Mardhiyyah bersyukur kerana telah dijaga dan diasuh oleh arwah neneknya, yang merupakan seorang guru agama. Dia telah terdidik dengan segala cabang ilmu agama sejak kecil. Bahkan, seawal usia 15 tahun dia sudah pun boleh menghafal 30 juzuk Al-Quran.

" Jadi, apa maksudnya, Ustazah Mardhiyyah?"  Hana menyambung selorohnya.

Disebabkan kepetahan Mardhiyyah membicarakan hal-hal agama juga telah menyebabkan dia digelar ‘ustazah' di kalangan rakan-rakannya di sekolah.

" Insya Allah... Kalau umur aku panjang, bolehlah aku jadi pengapit dan ‘mak bidan' kau. Sebab itu aku tak mahu janji. Faham tak, anak muridku sayang? "

Lantas, Mardhiyyah mencuit hidung mancung milik Hana. Mereka berdua tertawa. Tidak menghiraukan suasana sekeliling. Hana teringat detik itu. Waktu itu. Kalaulah masa boleh diputar kembali, dia ingin saat itu terhenti. Kalaulah.

Tidak lama selepas itu, Hana telah dipertemukan dengan seorang pemuda yang kini menjadi ‘raja' dihatinya iaitu suaminya. Pertemuan yang tidak dijangka itu telah membibitkan rasa cinta antara mereka yang sudah semestinya bertunjangkan cinta kepada Rabbul Jalil. Semua itu aturan Ilahi yang telah diilhamkan kepada hambanya-Nya yang solehah. Hana sama sekali tidak menyangka bahawa pemuda itu merupakan sepupu kepada Mardhiyyah. Begitu hebat sekali percaturan Yang Maha Kuasa.

Petang Rabu itu, Mardhiyyah mengajak Hana untuk sama-sama solat berjemaah di Masjid At-Taqwa. Kebetulan hari itu akan diadakan kuliah Maghrib di masjid tersebut. Memang menjadi rutin mereka untuk menghadiri mana-mana majlis ilmu yang dianjurkan.

" Majlis ilmu merupakan salah satu daripada taman-taman syurga Allah. Berpuluh ribu malaikat akan turut bersama kita dalam majlis seperti ini. Jadi, ambillah kesempatan ini untuk memohon tiga perkara daripada Allah. " Mardhiyyah mengingatkan.

" Perkara apa, Mardhiyyah? " soal Hana.

" Pertama, mohonlah syurga daripada Allah. Kedua, mohon supaya diri kita dijauhkan daripada api neraka dan ketiga, mohon diampunkan segala dosa-dosa kita. Insya Allah, Allah akan makbulkan permintaan hamba-Nya yang ikhlas. "

Hana tersenyum mendengar penjelasan itu. Berbunga hatinya lantaran takjub dengan kebesaran Illahi.

Usai solat Isya' berjemaah, mereka mengambil kesempatan untuk mengemas masjid itu. Al-Quran disusun dengan rapi. Telekung disangkut di tempatnya. Sejadah dilipat kemas. Sewaktu meletakkan sejadah di atas rak, Hana terpandang sebuah kitab yang mengandungi hadis-hadis sahih Riwayat Bukhari dan Muslim. Dia begitu tertarik lantas dicapainya kitab itu. Tertib sekali dia membuka kitab itu agar tidak terkoyak mahupun rosak.

Satu persatu halaman kitab itu dibeleknya. Matanya terpaku tatkala membaca satu hadis Riwayat Bukhari yang bermaksud;

" Wahai pemuda! Sesiapa yang mampu akan maskahwin maka berkahwinlah kerana ia lebih merendahkan pandangan mata dan memelihara kemaluan. Dan sesiapa yang tidak mampu maka berpuasalah kerana ia menjadi perisai baginya. "

Hana tersenyum sendiri lantaran teringat kata-kata Mardhiyyah yang ingin mencari suami untuknya. Dia tidak menyedari, perbuatannya itu diperhatikan oleh seorang pemuda.

" Assalamualaikum. " Pemuda itu menyapanya. Hana terkejut.

Hampir-hampir sahaja kitab itu terlepas dari pegangannya. Dia beristighfar sambil mengurut-urut dadanya.

" Waalaikumsalam. " Cepat-cepat Hana menjawab. Dia tahu hukum menjawab salam adalah wajib.

" Maafkan saya. Saya tak berniat nak membuatkan saudari terperanjat tadi. "

Lembut dan tenang tutur kata pemuda itu sewaktu memohon maaf atas tindakannya itu.

" Oh... Tak ada apa. Saya yang leka sikit tadi. " Hana sempat mengerling ke arah pemuda itu lalu ditundukkan kembali pandangan matanya.

Subhanallah! Dia terpegun melihat ketampanan wajah pemuda itu. Riak wajahnya begitu tenang, bisa menggugat keteguhan iman seorang yang bernama wanita. Hana tidak berani mendongak ke arah wajah itu kerana tidak mahu terjerat dengan perangkap Iblis Laknatullah.

Dia teringat salah satu hadis Rasulullah yang menjadi pegangannya yang diriwayatkan oleh Al-Hakim yang bermaksud:

" Rasa malu dan iman adalah sejoli. Bila yang satu lenyap, yang lainnya lenyap juga. "

" Saya Aiman Ashraff. Saudari? " tanyanya.

" Hana Insyirah. " Dia masih tunduk.

Pertemuan itu rupanya diatur oleh Mardhiyyah yang sedang asyik memerhatikan sahabatnya itu. Aiman merupakan seorang pensyarah agama di salah sebuah universiti dalam negara. Pertemuan itu juga merupakan titik permulaan ke alam perkahwinan bagi Hana yang disaksikan oleh berpuluh ribu malaikat di rumah Allah itu. Perkahwinan yang bakal menjanjikan kebahagiaan berumahtangga yang dilimpahi mawaddah wa rahmah dari Ilahi.

Dua minggu sebelum pernikahan Hana dan Aiman, Hana menerima 'SMS' daripada Mardhiyyah.

Doa dari seorang sahabat:
Ya Allah, jika sahabatku jatuh CINTA, berikanlah cintanya pada seseorang yang melebihkan cinta pada-Mu agar bertambah kekuatannya untuk menyintai-Mu. Wahai Maha Penyayang, jika sahabatku jatuh HATI, izinkanlah hatinya menyentuh hati orang yang hatinya tertaut pada-Mu agar sahabatku tidak jatuh dalam jurang cinta yang murah. Wahai Maha Pengasih, jika sahabatku RINDU, rindukanlah dia kepada seseorang yang merindui syahid di jalan-Mu, jagalah rindunya pada-Mu agar dia tidak lalai dari merindui syurga-Mu... Amiin...

Hana terkedu. Sebak mencengkam dadanya. Terasa sesak nafasnya tatkala membaca 'SMS' itu. Hana berdoa dalam hatinya.

" Ya Allah, aku bersyukur kepada-Mu kerana telah menemukan aku dengan sahabatku, Mardhiyyah. Segalanya atas izin-Mu jua. Kau limpahkanlah rahmat ke atasnya. Kekalkanlah persahabatan ini hingga ke akhir hayat kami. Amiin. "


Dengan sekali lafaz, Hana selamat diijab kabulkan dengan Aiman. Air matanya bergenang.

" Sekarang kau dah jadi isteri orang. Tak lama lagi, jadi ibu orang pula. Ingat, tanggungjawab kau makin besar. Jangan sesekali abaikan tanggungjawab kau tu. Syurga seorang isteri itu terletak di bawah tapak kaki suaminya tau, " bisik Mardhiyyah. Hana mengangguk.

" Syukran, Mardhiyyah. " Hana mencium pipi sahabatnya itu. Terasa bagaikan ada aura yang mengalir. Mereka tersenyum.

Tidak lama kemudian, Mardhiyyah pula mengikut jejak langkah Hana. Jodohnya dengan seorang peguam syariah, Luqman Hakim namanya. Namun, segalanya sudah tertulis di Luh Mahfuz. Suaminya telah kembali ke rahmatullah sewaktu dia mengandung anak kedua. Suaminya pergi semasa sedang tidur. Mardhiyyah tidak menangis, apatah lagi meratap. Dia begitu tenang sekali menghadapi saat-saat itu. Dia redha. Jodoh, ajal, maut semuanya dalam genggaman Rabbul Alamin.

" Sabarlah, Mardhiyyah. Allah lebih sayangkan suamimu. Panjatkanlah doa agar rohnya tenang di sisi para solihin, " Hana menenangkannya.

Dia tahu betapa luluhnya hati Mardhiyyah tika itu. Mereka berpelukan. Tiada kata yang mampu diucapkannya.

Usia kandungan Mardhiyyah sudah mencecah lapan bulan. Semenjak kematian suaminya, dia banyak bersendirian, beribadah kepada Allah disamping menjaga anak sulungnya yang berusia 5 tahun.

" Hana, aku nak minta tolong sesuatu dari kau, boleh? " ujar Mardhiyyah pada satu petang. Petang yang begitu hening.

" Insya Allah... aku akan cuba penuhi permintaan kau tu. "

Mardhiyyah menarik nafas panjang.


" Kalau aku dah tak ada nanti, boleh tak kau jaga anak aku, Amirul dan ‘baby' yang bakal lahir ni? " Mardhiyyah mengusap-usap perutnya dengan penuh kasih sayang.

" Ish... Kau ni. Kenapa cakap macam tu pulak? Kan kita dah janji akan jaga anak kau sama-sama. " Hana gusar.

Mardhiyyah memegang perutnya.

" Nanti ‘baby' jangan nakal-nakal tau. Jadi anak solehah. Jangan degil. Jangan gaduh dengan Abang Amirul. Ummi sayang anak-anak ummi. "

Hana sebak. Dia tidak dapat menahan air matanya daripada mengalir.


" Hana, nanti kau namakan ‘baby' ni... Khaulah... Ummu Khaulah. " 

Mardhiyyah tersenyum. Mungkin senyuman terakhir. Senyuman yang bisa merungkaikan segala kesulitan di hati seorang sahabat.


" Ya, Mardhiyyah. Aku akan buat apa saja untuk kau, " Hana menahan tangisnya.

" Insya Allah? " ujar Mardhiyyah.

" Insya Allah, Mardhiyyah. "

***

" Mama! "

Lamunan Hana terhenti. Ummu Khaulah berlari-lari ke arahnya.

" Ya, sayang. Belajar apa di tadika hari ni? " tanya Hana sambil merangkul tubuh si kecil itu.

" Hari ni Khaulah belajar melukis, ma. Cikgu tu cakap, lukisan Khaulah cantik. Besar nanti boleh jadi pelukis. Mama, boleh jual tak lukisan ni? Boleh tambah duit poket. " 

Hana tersenyum mendengar kepetahan Khaulah.

" Ada orang nak beli ke lukisan ni nanti? Lagi satu, besar nanti nak jadi pelukis ke? " gurau Hana.

" Tak lah, mama. Khaulah nak jadi doktor Islam. Lukisan tu mama lah yang beli. " sambung Khaulah sambil ketawa.

Hana mengucup dahi Khaulah. Dia berasa begitu bahagia.

Mardhiyyah,
Dah enam tahun kau tinggalkan kami. Kau pergi di saat melahirkan Khaulah. Kau pernah beritahu aku. Mati semasa melahirkan anak merupakan salah satu tanda mati Husnul Khatimah. Amirul dan Khaulah aku jaga macam anak-anak aku sendiri. Masing-masing dah bersekolah. Khaulah mewarisi kepetahanmu dan Amirul mewarisi kesabaranmu. Amirul banyak bersabar dengan kerenah keanak-anakan adiknya itu. Kedua-duanya bijak seperti kau dulu. Janjiku pada kau akan aku laksanakan sebaiknya. Insya Allah... Aku terlalu merinduimu, Mardhiyyah. Rindu saat-saat dulu. Terima kasih atas segalanya. Kaulah sahabatku, selama-lamanya. Doaku agar rohmu ditempatkan di kalangan para syuhada'. Amiin.

Hana menyimpan semula kad itu. Air matanya mengalir lagi.


Surat Adam Untuk Hawa



Wahai sahabat Muslimat Sekalian,

Renung-renungkanlah intipati daripada surat Adam kepada Hawa ini, Ketahuilah olehmu wahai Bunga-bunga Islam,kita adalah sayap kiri pada mereka(kaum muslimin). Sedih rasanya jika teguran baik yang mereka berikan kita tak ambil kisah. Bukankah ia juga untuk kebaikan bersama.Fikirkanlah wahai sahabat-sahabatku……


SURAT ADAM UNTUK HAWA

Dengan nama Allah swt Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang………..
Didoakan semoga kalian berada dibawah lembayung rahmat dan keredhaan Allah swt….

Hawa....

    Maafkan aku jika coretan ini bisa mengguris hatimu. Meskipun kutahu,jiwamu selembut sutera dan bisa hancur lantaran kata-kata yang bakal ku ungkap ini, mengertilah duhai Hawa, kerana kaulah pengubat kesunyian waktu aku di syurga dulu dan engkau juga asalnya dari tulang rusuk kiriku yang bengkok,lantas kerana bimbang hidupmu terpesong dari landasan yang sebenarnya,kugagahi jua diri ini....

Hawa....
    Maha Suci Allah yang telah mentakdirkan kaummu melebihi bilanganku di akhir zaman ini. Itulah kebesaran dan penelitian Allah swt dalm urusan-Nya. Bayangkanlah Hawa...sekiranya kaumku melebihi kaummu, yang pasti dunia ini kan berkecai kerana huru-hara dan diselimuti warna-warna suram lantaran kekejaman dan penindasan....

Hawa....
    Suka untukku mengajak dirimu agar berfikir sejenak tentang hakikat kekalutan yang melanda disaat ini. Tapi permintaanku,duhai Hawa...cubalah ! Renungkan jua yang sebenarnya dirimu kini sudah berubah...Tidakkah kau mengerti bahwa dirimu kini, kian berubah..

Tidakkah kau mengerti bahwa dirimu adalah umpama sekuntum
bunga yang indah di pandangan mata namun bukan perhiasan semata-mata. Duri-duri yang melingkarimu itulah hijab yang digariskan oleh Allah swt sebagai pelindung yang diertikan sebagai aurat seorang yang bergelar wanita. Mengapa Hawa? Mengapa harus kau biarkan ia terdedah kepada kami,kaum ajnabimu?

Betapa hancurnya hatiku menyaksikan dirimu umpama bahan yang dapat diperkotak-katikkan. Dimana-mana saja,bisaku lihat dirimu menghayunkan langkah ,bukan sebaik dulu lagi. Langkahmu kian pantas. Apa sebenarnya yang engkau kejari?. Aku sendiri tak pasti! Terkadang, ku tak dapat membezakan antara dirimu dan teman-teman yang lain, bersama hayunan langkah itu,
suaramu kian meninggi,diiringi gelak tawa yang cukup memedihkan mata dan hatiku ini...

Sedarkah kau Hawa.....?
Haruskah aku terima hakikat yang kau kini sudah berubah?
Semakin jauh dari landasan Tuhan yang pernah kutelunjuki buatmu dahulu!


Hawa....
    Mengapa mesti dirimu kini jadi tontonan ramai? Perlukah kau hiasi dirimu untuk menarik perhatian sehinggakan yang seharusnya menutupi auratmu, kau miliki dari ciri-ciri yang ditegah dalam Islam? Sukar bagiku untuk melihat kembali keadaan yang mana sesederhana yang mungkin! Cukup untukku merasakan kehadiranmu disaat ini tidak lebih dari mempamerkan perhiasan diri yang kau punyai.

Fahamilah Hawa,usahlah menurut kerakusan nafsu menjelajahi sebutir peluru yang bisa hinggap di mana saja meninggalkan fitnah buat kaumku ini....

Hawa....
    Betapa sakit dan pedihnya disaat kulihat auratmu menjala, di sekeliling pandangan. Aku tidak mahu Hawa..Suatu hari nanti, di negeri yang abadi itu, memperlihatkan seksaan terhadapmu yang ku kira paling dahsyat, apa tidaknya.Seurat rambutmu yang keluar, ular menanti dimana-mana, sejengkal tanganmu kelihatan ...aduh!! Banyaknya seksaan menantimu!...

Mengapa begitu Hawa? Tidakkah kau ingat apa yang perlu kau jaga adalah maruahmu! Maruah seorang wanita yang tersandar di bahumu kelemahan dan kekurangan!!

Jadi bagaimana seandainya kelakuan dan auratmu terpamer di mana-mana saja?

Hawa...
    Tidakkah kau malu dengan pembohongan yang kau sembunyikan dalam dirimu sendiri?
Di sini auratmu kau selindungi disebalik pemakaianmu, atas dasar peraturan dan persekitaran kalian. Tetapi jauh nun diluar sana ,tersentak diriku tatkala dirimu telah jauh berbeza! Tudung ke mana,jilbab ke mana? Apatah lagi tingkah lakumu..! Dimana kau letakkan martabat seorang yang bergelar muslimah? Aku diselubungi rasa malu atas penghinaan ini!

Hawa....
    Tutupilah auratmu, jagalah dirimu ,bertuturlah dengan suara yang lembut mampu kau kawal lantaran jika terlanjur, semuanya bisa membawa dosa padamu.

Jangan kau memperlihatkan apa yang tersembunyi pada dirimu..tapi ingatlah ,cukuplah sekadar tapak tangan dan wajahmu yang dizahirkan ,namun bukan kakimu,rambutmu,dan jua tubuhmu.....


Firman Allah swt:

   
“Dan katakanlah kepada wanita-wanita beriman,hendaklah mereka menahan dari pandangan mata mereka dan memelihara kemaluan mereka dan jangan menampakkan perhiasan mereka kecuali yang zahir daripadanya...”

Hawa....
    Mungkin ku harus menghentikan bicara pertama ini di sini dulu...

Andai diizinkan Allah swt, kita bersua lagi dilain lembaran dan yang pasti aku tetap terus membimbingmu. Harapanku agar muncullah walaupun hanya secebis kesedaran dihatimu dan akan mendoakan moga Allah swt membuka hati kalian untuk mencetuskan perubahan....Akhir kata ,ketahuilah.............
    “DUNIA INI MERUPAKAN PERHIASAN
DAN
SEBAIK-BAIK PERHIASAN ADALAH WANITA SOLEHAH